Mat Rofa Ismail: Sains Islam Tidak Memisahkan Kualitatif dan Kuantitatif

Ini merupakan wawancara tentang Sains Islam bersama dengan Prof. Dr. Mat Rofa Ismail, pensyarah di Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Wawancara ini sebenarnya merupakan sebahagian dari beberapa wawancara sama yang turut diedarkan kepada beberapa tokoh yang lain. Dan, himpunan dari jawapan wawancara ini akan disiarkan secara berperingkat bagi bacaan khalayak.